The following was taken from a friend's blog,
A story of fate, a story of what has been Written.
I too remember that day,
That rainy afternoon when I received your SMS,
"Ming, mak aku dah takde!"
I was in Low Yat with someone dear then,
We just finished our late lunch.
Silence came in between us,
I told him to drop me home.
In many ways, it has become not just your story, but also mine...
In many many ways I have never told you, how it has become my story too!
May Allah bless her kind soul...her one of a kind soul,
In many ways, I have loved her as much as you did for all your 27 years...and I really have no explantion as to how.
-----------------------------------------------------------------------------
http://asignificantlife.blogspot.com/
jodoh
syawal
3 years ago
hukm
mak mintak saya panggil nurse. mak request another jab of morphine. "sakit sgt" kata mak. mak tak mengeluh. mak cuma pejamkan mata.
one single jab only last for 2 hours. bila sedar dari tidur, mak muntah, effect dari morphine. setiap kali mak muntah, mak akan cakap "kesian nurul hikmah kena tadah muntah mak. mak mintak maaf ye." airmata saya mengalir. malu yang amat, bukan hak mak meminta maaf dari anaknya. mulut saya tak mampu nak ckp apa-apa. saya cuma geleng kepala. ya Allah, Kau jodohkan kami adik beradik mempunyai ibu semulia mak ya Allah, nikmatMu yang mana lagi yang harus kami dustakan? terkadang berdetik dalam hati, mak sakit tapi masih mahu jaga perasaan orang, masih memikirkan kebajikan orang lain. namun hati kembali berbisik, itulah mak. itulah mak saya. itulah mak kami.
ada satu ketika akak tertinggal handphone dekat rak tepi katil mak. mak cakap "ya Allah, anak mak nurul iman tertinggal handphone. nurul hikmah kamu boleh lari, kamu pegi kejar kakak kamu. sempat lagi ni. kakak kamu parking jauh. kamu lari, sempat kejar".
saya ambik phone akak. saya lari. literally. saya lari. dari hujung wad cancer hukm sampai ke parking depan. orang pandang-pandang. saya tahu mereka gelakkan lemak saya yang bergegar masa saya lari. pedulik apa. saya sampai just in time akak nak keluar dari parking lot. alhamdulillah. sempat. bila saya naik atas, mak senyum. mak cakap "alhamdulillah. susah nanti kakak kamu keje kalau takde handphone".
tengahari mak bleeding. saya kaget. saya takut. mak dpt another jab of moprhine. mak tidur. saya call akak. saya mengadu saya takut tgk darah mak keluar macam jelly. banyak. saya mengadu saya tak suka doctor cuci kasar-kasar, doctor sumbat kapas sampai mak meleleh air mata. saya mengadu saya cakap saya dah mark doctor ni, nextime kalau jadi macam ni saya nak doctor mastura, doctor mak, saya tak nak doctor yang itu. bila malam saya teringat. kejadian paginya, mak suruh saya lari bagi handphone dekat akak. jodoh kan? supaya saya ada tempat mengadu. dengan handphone itu.
bila doctor mastura dtg, dia bagi estimation. saya benci estimation. 1 bulan katanya.
mak discharged. 27 syawal, mak balik melaka. tempat lahir mak. dengan ayah. dengan abang. dengan adik.
28 syawal
jumaat
putrajaya
dari pagi saya sms ahza. saya suruh ahza chow awal dari perodua. saya cakap "alah practical je pon, amek halfday je la hari ni." ahza balik. saya ambik ahza di komuter serdang.
kata adik saya, perancangan kita. ketentuan Allah.
saya dan ahza pegi carrefour alamanda. beli buah-buahan. untuk hantaran abang.
adik sms "kaklang bila nak balik? baliklah cepat."
adik sms lagi "baliklah sekarang".
adik call. adik nangis.
"kaklang, mak dah meninggal dunia".
adik nangis. tapi suara adik tenang.
saya letak phone. saya berdiri tegak. tak boleh nak gerak.
saya tarik tangan ahza pegi cashier.
ahza tanya "kenapa kaklang".
saya confuse. tak boleh nak fikir.
saya tanya ahza "nak bayar ke tak buah-buah ni?".
ahza tanya lagi "kenapa kaklang? sape call?".
saya senyap. saya letak bakul dekat lantai.
saya cakap "ahza jom balik".
ahza tanya "kenapa ni kaklang. sape call?"
saya pegang tangan ahza. "ahza mak dah meninggal".
mengalir airmata ahza. ahza menggigil. mcm nak jatuh.
saya pimpin. saya cakap "ahza, kuat.. kena kuat. adik kuat, ahza kena kuat".
jodoh. perancangan kita. ketentuan Allah.
saya, akak, ahza. alhamdulillah banyak dapat spent masa dengan mak.
abang, adik. jarang-jarang dapat balik tgk mak.
jodoh.
saya, akak, ahza. tak dapat bersama mak di saat akhir.
abang, adik. tak putus-putus mengucap kalimah agung lailahaillallah di telinga mak di saat akhir.
jodoh.
perancangan kita.
ketentuan Allah.
saya yakin itu.
kami yakin itu.
Allah Maha Adil.
Allah Maha Pengasih.
Allah Maha Penyayang.
segala puji-pujian hanya bagiMu Ya Allah
kerana menjodohkan kami dengan ibu yang terbaik di dunia ini.
hanya dengan sentuhan itu
tiang tidak rapuh
aku bisa berdiri teguh